Polis beri hingga jam 2 petang ini kepada perusuh parlimen serah diri

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya akan membuat tangkapan terhadap mereka jika enggan menyerah diri selepas tempoh diberikan.

“Kita sudah mengenal pasti siapa mereka dan di mana mereka berada. Polis beri tempoh sehingga jam 2 petang ini supaya menyerah diri. “Kita akan tahan mereka jika masih berdegil enggan menyerah diri. Kekecohan dilakukan mereka amat memalukan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman di ibu negara pagi Jumaat.

Khalid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Semalam, polis Kuala Lumpur mengenal pasti 10 individu termasuk seorang anak timbalan menteri terbabit dalam kejadian merusuh di bahagian luar lobi Parlimen.

Kejadian itu dipercayai lanjutan perselisihan faham antara Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ketika sesi perbahasan Parlimen, memetik BH Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap