Polis arah program Zakir Naik dibatalkan

Perkara itu diumumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan perkara itu di laman sosial Twitternya di sini hari ini.

“PDRMsia memutuskan untuk tidak membenarkan forum ini diteruskan demi ketenteraman awam dan sensitivi agama di Malaysia,” katanya.

Zakir Naik dijadualkan akan berada di UTEM bagi menyampaikan cermah yang bertajuk ‘Persamaan Antara Hinduisme dan Islam’ bermula petang ini sehingga malam.

Semalam Zakir Naik mengadakan program di Terengganu dihadiri oleh 30,000 orang ramai pada majlis yang diadakan hasil inisiatif Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Kehadiran Zakir Naik ke negara ini mendapat bantahan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) dan Pemuda MIC kerana bimbang ia akan menyentuh sensitivi agama.

Bukan itu saja, perkara itu juga menimbulkan polemik antara beberapa tokoh agama termasuk Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyamakan Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) setaraf HINDRAF mempertikai Zakir Naik.

ASWAJA bagaimanapun menyangkal tuduhan Mufti Perlis itu dan merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tokoh agama itu.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia