Polis ambil keterangan ibu bapa bayi maut dalam kereta

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said berkata, pasangan suami isteri itu ditahan pada hari kejadian bagaimanapun mereka dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.

Menurutnya, proses bedah siasat terhadap bayi perempuan 12 bulan itu telah dijalankan pada Rabu.

“Bedah siasat telah dijalankan hari ini namun keputusannya masih belum boleh didedahkan. Ia akan diumumkan sehingga laporan makmal selesai,” katanya

Terdahulu, bayi perempuan malang berkenaan dipercayai lemas selepas tertinggal selama lima jam dalam kereta milik bapanya dalam kejadian kira-kira jam 3 petang.

Bapa mangsa hanya menyedari kejadian itu selepas dihubungi pengasuh bayi berkenaan apabila mendapati pasangan berkenaan masih tidak menghantar anak mereka ke rumah pengasuh yang terletak berhampiran kediaman mereka di Bandar Putra, Kulai.

Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai pengabaian kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian dan disiasat mengikut Seksyen 31(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap