Polis akan ambil tindakan terhadap ulat trafik

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata orang awam yang ingin membuat bayaran saman, hanya boleh berbuat demikian melalui kaunter bayaran saman yang disediakan.

“Sehubungan itu, polis akan mengambil tindakan terhadap sesiapa yang bertindak menjadi ‘ulat trafik’ atau orang tengah yang mengambil wang daripada orang ramai untuk membayar saman.

“Polis akan ambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang cuba berbuat demikian. Polis akan menahan ulat-ulat ini kerana mengganggu ketenteraman awam,” katanya selepas menghadiri Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) malam Selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan sebuah akhbar tempatan mengenai kehadiran orang tengah atau ‘ulat’ yang menawarkan perkhidmatan mendapatkan diskaun bagi bayaran saman PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Majlis makan malam itu adalah bagi menghargai pengorbanan wira dalam Pasukan F yang juga skuad risikan yang mempertahankan negara daripada ancaman anasir subversif Parti Komunis Malaya. –Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap