Pokemon tidak dibenarkan ‘masuk’ ke sekolah

Beliau berkata, perkara itu selaras larangan terhadap pelajar membawa telefon pintar atau telefon bimbit ke sekolah yang dikuatkuasakan selama ini.

“Sejak dahulu kita memang tidak membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah, tapi dengan trend permainan siber ini sekarang, kita mahu pihak sekolah lebih tegas.

“Guru perlu merampas telefon bimbit pelajar jika mereka dikesan menggunakannya untuk bermain permainan siber itu,” katanya selepas majlis perasmian serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Jelebu pada Ahad.

Terdahulu, ketika ucapan perasmian, Mahdzir menggesa semua ahli UMNO meningkatkan perpaduan demi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) tidak lama lagi.– Berita Harian

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia