Pokemon Go boleh dimuat turun hari ini

Tanpa sebarang pengumuman rasmi oleh pereka permainan ini, Niantic Malaysia dalam laman web www.ispokemongoavailableyet.com, permainan kegilaan dunia ini sudah ditandakan ‘available’.

Terdahulu Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mengesahkan bahawa umat Islam di negara ini dilarang bermain Pokemon Go susulan keputusan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan 1 Ogos lalu.

“Setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat,” katanya melalui satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, keputusan yang dikeluarkan itu mempunyai asas memandangkan permainan tersebut boleh mendatangkan mudarat kepada penggunanya.

“Di samping itu, mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa, dan ditambah boleh membawa kepada perjudian, maka kami berpendapat bahawa hujah yang dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas yang kuat”, katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia