PM New Zealand umum perletakan jawatan

Key berkata, sudah tiba masanya untuk beliau berundur dari politik selepas lebih lapan tahun memegang pucuk pemerintahan.

Key bagaimanapun tidak mempunyai rancangan akan datang buat masa ini, tetapi memberitahu pemberita bahawa beliau akan berada di parlimen dalam tempoh yang cukup panjang bagi mengelakkan pilihan raya kecil bagi kerusinya.

“Saya tidak akan berkhidmat bagi penggal penuh yang keempat,” kata Key pada sidang media mingguannya di Wellington sambil menjelaskan bahawa faktor keluarga yang mendorong kepada perletakan jawatan tersebut.

Key yang merupakan Perdana Menteri New Zealand ke-38, memenangi Parti Kebangsaan pada 2008, sekaligus menamatkan sembilan tahun Helen Clark dari Parti Buruh sebagai wakil rakyat.

Parti Kebangsaan akan mengadakan mesyuarat pada 12 Disember ini bagi memutuskan ketua parti dan perdana menteri yang baharu.

Key berkata, beliau akan mengundi timbalannya yang juga Menteri Kewangan, Bill English bagi mengambil alih jawatan itu. – Reuters

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia