Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bahawa percubaan untuk menggulingkan kerajan Turki adalah tidak wajar memandangkan kerajaan berkenaan telah dipilih oleh rakyat negara berkenaan secara demokratik.
“Kami bersama-sama berpendirian menentang percubaan untuk melemahkan perlembagaan yang dilaksanakan rakyat melalui peti undi. Apa juga bentuk rampasam kuasa tidak harus dibiarkan.
“Proses demokrasi adalah asas kebebasan, keselamatan dan kemakmuran kita,” katanya melalui satu kenyataan yang diedarkan pada Sabtu.
Dalam masa yang sama, Najib juga berharap dan mendoakan agar Turki kembali tenang dan melihat kestabilannya semula secepat mungki.
“Kami juga mengalu-alukan pengumuman dari Presiden Erdogan mengenai cubaan rampasan kuasa di Turki telah tamat,” tambahnya.