PM Mahu Parlimen Digunakan Sebaiknya Untuk Bangunkan Negara Demi Rakyat

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap persidangan Parlimen kali ini akan menguatkan lagi kerjasama semua pihak bagi membangunkan negara demi kepentingan seluruh rakyat.

Terdahulu, Perdana Menteri dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di sini hari ini yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Turut berangkat ke istiadat itu Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.Ini merupakan istiadat pembukaan Parlimen pertama oleh Sultan Ibrahim sejak mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Jan lepas.

Anwar turut berkongsi beberapa keping gambar istiadat itu menerusi hantaran di laman Facebook.

Berdasarkan takwim di laman rasmi Parlimen, persidangan kali ini berlangsung selama 19 hari dengan tumpuan kepada perbahasan Titah Diraja oleh Ahli-Ahli Parlimen dari 27 Feb hingga 7 Mac diikuti jawapan daripada kementerian berkaitan selama empat hari bermula 11 Mac.

Persidangan kemudian akan diteruskan dengan pembentangan rang undang-undang. – BERNAMA

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia