PM jelas ketegangan dengan Tun M kepada media luar

Bercakap di dalam sesi wawancara bersama Metro TV, Indonesia, Najib yang juga Perdana Menteri Malaysia berkata, apa yang dilakukannya hari ini adalah berlandaskan mandat yang diberikan rakyat kepada beliau.

“Saya tahu saya ada dua pilihan sebagai perdana menteri. Pertama, sama ada saya sebagai perdana menteri yang merujuk kepada beliau, mendapat ‘nasihat’ beliau, saya kata nasihat tapi mungkin arahan….

“Ataupun saya akan menjadi perdana menteri yang percaya kepada kepimpinan saya, pertimbangan saya, berdasarkan mandat yang rakyat dan parti telah berikan kepada saya.

“Saya tak dengar cakap dia sebab saya fikir saya ada pertimbangkan yang tepat untuk Malaysia,” katanya ketika diminta mengulas hubungan “hangat jadi masam” mereka berdua.

Di dalam wawancara berkenaan, Najib diminta mengulas berhubung hubungan kedua ahli politik itu termasuk skandal melibatkan syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1MDB.

Dalam masa yang sama, Najib mengakui bahawa Mahathir pada suatu ketika pernah menjadi mentornya di dalam dunia politik namun, apa yang dilakukan mantan Perdana Menteri itu hari ini menyebabkan hubungan mereka berdua tidak lagi ‘baik’ seperti dahulu.

Wawancara dengan Metro TV itu yang pertama dilakukan di peringkat antarabangsa selepas Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS) mendakwa sekurang-sekurang AS$3.5 bilion “dicuri” daripada 1MDB dan AS$1 bilion aset berkaitan syarikat itu akan disita.

Beliau sekali lagi menegaskan tidak terlibat dan berkata 1MDB hanya isu perniagaan tetapi dipolitikkan.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri