Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata jawatankuasa itu dianggotai, Dr Syed Hussin Ali; Dr Muhammad Noor Manuty; Wiliam Leong; Datul Lajim Ukin dan Datuk Saifuddin Abdullah.
Beliau berkata, perkara itu sudah dibentangkan dalam mesyuarat biro politik PKR semalam dan bersetuju melantik lima pemimpin kanan parti itu bagi menganggotai jawatankuasa berkenaan.
“Pasukan ini mendapat mandat sepenuhnya dari saya dan part untuk menyiapkan laporan ‘postmortem’ yang menilai proses pengendalian pilihan raya Sarawak secara terperinci dan meyeluruh
“Dapatan dan saranan bagi menambahbaik lagi proses pengendalian pilihan raya akan dibentangkan kepada bifo politik dan Majlis Pimpinan Pusat selewat-lewatnya dalam tempoh tiga minggu dari sekarang,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada PRN-11 PKR yang bertanding lebih 30 kerusi hanya mampu menang di tiga kerusi sekaligus menjadi rekod kekalahan buruk buat parti itu.
Bukan itu saja, rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP pula haya mampu memenangi tujuh kerusi selain hilang lima kerusi dimenangi sebelum ini.
Sementara itu Wan Azizah berkata beliau juga sudah berbincang dengan dua lagi rakan sekutunya berhubung penubuhan jawatankuasa itu.