PKR tolak PRN Pulau Pinang

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, meskipun demikian, masih wujud ruang dan peluang untuk terus berbincang mengenai perkara berkenaan bersama-sama rakan di dalam Pakatan Harapan (PH).

“Mesyuarat MPP juga telah membangkitkan beberapa persoalan dasar berkaitan rasional mengadakan Pilihan Raya Negeri Pulau Pinang.

“Selepas perbincangan yang menyeluruh termasuk mengambil kira pandangan masyarakat madani (civil society), mesyuarat telah memutuskan sebulat suara bahawa Keadilan masih belum yakin dengan cadangan tersebut,” katanya melalui satu kenyataan yang diedarkan hari ini.

Susulan daripada itu, Wan Azizah berkata bahawa pihaknya akan menghantar wakil bagi menerangkan mengenai pendirian PKR berhubung perkara ini.

“Keadilan akan menghantar satu delegasi pimpinan tertinggi parti untuk menerangkan pendirian ini kepada pimpinan DAP dalam masa terdekat,” tambah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi.

MPP PKR mengadakan mesyuarat khas lewat malam ini di Ibu Pejabat PKR, di Petaling Jaya bagi membincangkan soal PRN Pulau Pinang seperti yang dicadangkan Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan Eng.

Sebelum ini, Guan Eng merayu kepada PKR untuk bersetuju menjalankan PRN di negeri berkenaan meskipun maklum PKR gusar mengenai kedudukan kerusi mereka di Pulau Pinang.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri