PKR ‘tampar’ ego Guan Eng

Kata Zainal, berdasarkan keputusan yang dicapai oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada malam Selasa, jelas 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR di Pulau Pinang tidak bersetuju dengan pembubaran DUN tersebut.

“Oleh itu kita boleh menganggap hanya 18 orang ADUN DAP sahaja yang menyokong cadangan tersebut setakat ini.

“Ini merupakan satu tamparan hebat kepada ego Lim Guan Eng dan DAP yang masih gagal mendapatkan sokongan rakan kongsi utama mereka bagi mengadakan pilihanraya negeri lebih awal.

“Kegagalan Lim Guan Eng meyakinkan sekutu politiknya untuk menyokong cadangan beliau telah mencalar maruah dan kredibiliti beliau sebagai Setiausaha Agong DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang serta menghakis keyakinan dan hormat rakyat terhadap beliau sebagai seorang pemimpin utama pakatan parti pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zainal, tindakan Guan Eng untuk membubarkan DUN merupakan satu langkah tergesa-gesa dan terburu-buru setelah beliau dihadapkan ke Mahkamah kerana dua pertuduhan jenayah rasuah.

“Percubaan Lim Guan Eng untuk mengheret rakyat ke dalam masalah peribadi beliau, dengan cadangan membubarkan DUN bagi mengadakan Pilihanraya Negeri jelas telah ditolak.

“Berdasarkan perkembangan terkini ini beliau seharusnya mengambil tindakan bermaruah dan berintegriti melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dengan segera,” ujarnya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri