PKR tak tanding PRK Tanjung Datu

Pengerusinya, Baru Bian berkata, keputusan itu juga sebagai memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan semua janji yang dibuat Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata, PKR melihat sebahagian visi yang digariskan bekas ketua menteri itu seiring dengan wawasan PKR serta aspirasi rakyat Sarawak, justeru wajar dilunas oleh pengganti Allahyarham, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

“Beliau (Abang Johari) melakukan tugasnya dengan baik semasa sidang media pertamanya dengan mengatakan beliau akan meneruskan wawasan yang digariskan Allahyarham.

“Itu satu permulaan yang baik, namun yang kami bimbangkan ialah sama ada beliau akan laksana atau adakah beliau mampu melaksanakannya. Kami percaya rakyat akan adili,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Kuching, Rabu.

Tanjung Datu diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Adenan selepas mengalami komplikasi jantung pada 11 Januari lalu.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-11 pada Mei tahun lepas, Adenan, 72, meraih 6,360 undi menewaskan calon PKR, Jazolkipli Numan yang hanya memperoleh 468 undi.

Mengulas lanjut, Baru berkata, keputusan ini muktamad memandangkan PKR peringkat pusat telah menyerahkan kepada PKR Sarawak untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.

Related posts

Ahli AMANAH tanding sebagai calon PBDS Baru, apa tindakan parti?

PRK Tanjong Datu: SPR sasar 75% keluar mengundi

Tiga penjuru di PRK Tanjung Datu