Terdapat surat palsu yang diedarkan dengan menggunakan kepala surat PKR, menggesa anggota parti menghadiri majlis pelancaran rasmi PPBM di Stadium Malawati Shah Alam.
Ia juga meminta PKR di Selangor menghantar sekurang-kurangnya dua buah bas yang membawa anggota parti itu dengan janji bayaran RM100 setiap orang.
“Jangan sesekali mengaku ahli PKR bila berada dalam stadium dan jangan sesekali kutuk Mahathir. Mengaku ahli PPBM jika ditanya oleh pihak media,” memetik surat tersebut.
Kandungan surat itu juga meminta anggota-anggota PKR memakai baju merah iaitu warna rasmi PPBM, selain menyimpan resit untuk tujuan bayaran kepada ADUN masing-masing.
Surat itu dikeluarkan atas nama Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, yang dieja secara salah sebagai “Saifuddin Nasutton Ismail. –Tamil Malar