PKR belum yakin PRN Pulau Pinang, kata presiden

Wan Azizah dalam kenyataannya selepas mesyuarat Biro Politik PKR, malam Selasa di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya berkata partinya itu bagaimanapun bersedia untuk membincangkan perkara itu lebih lanjut.

“Biro Politik PKR berpendirian bahawa kami belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat untuk mengadakan pilihan raya tergempar.

“Namun, pimpinan PKR bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan pimpinan parti-parti komponen Pakatan Harapan mengenai isu ini,” katanya, dalam kenyataan tersebut.

Sebelum ini, terdapat laporan mengenai jawatankuasa eksekutif pusat DAP membincangkan pilihan raya negeri semasa mesyuarat malam Isnin dan berhasrat untuk memohon pandangan dari semua rakan politiknya.

Pilihan raya negeri itu dilihat sebagai satu usaha untuk mewujudkan semula kedudukan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng susulan pertuduhan dakwaan rasuah yang dikenakan terhadapnya baru-baru ini.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri