PKR bawa semangat badak sumbu

Pengarah Pilihan Raya PKR Sarawak, See Chee How berkata sifat-sifat tersebut mencerminkan semangat perjuangan parti yang tidak pernah luntur selama ini.

“Badak sumbu antara binatang yang paling besar di atas muka bumi, dan langkahnya stabil dan mantap, sama seperti sifat pimpinan KEADILAN yang sentiasa berusaha demi kepentingan rakyat dan demokrasi negara.

“Badak sumbu hidup di dalam habitat yang penuh cabaran, tetapi ia mempunyai ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi cabaran ini, serupa KEADILAN, di mana ramai pimpinan telah ditahan dan didakwa di atas sebab politik, serta tahun-tahun mencabar selepas 2004 di mana KEADILAN hanya memenangi satu kerusi parlimen dan satu kerusi DUN di seluruh negara.

“Kini KEADILAN mempunyai 30 Ahli Parlimen dan mentadbir Selangor dan Pulau Pinang bersama rakan-rakan politik, menghasilkan politik baru dan harapan baru untuk seluruh negara,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR, Kuching di sini.

Tambahnya, beliau yakin PKR yang mempunyai semangat serupa badak sumbu itu mampu untuk mematahkan politik BN yang rasuah dan perkauman.

“Kami berharap rakyat Sarawak akan dapat menghayati semangat badak sumbu dan menolak rejim yang rasuah di kala krisis ekonomi dan politik yang melanda negara,” katanya.

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai