Pingat emas kuartet Russia ditarik balik

“Pasukan Federasi Russia hilang kelayakan dalam acara lari berganti-ganti 4 x 100m wanita,” kata Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dalam satu kenyataan ketika mengumumkan kegagalan doping Chermoshanskaya.

Chermoshanskaya, 30, didapati positif ujian bagi dua bahan terlarang selepas sampel yang diambil pada Olimpik 2008 dianalisis semula menggunakan teknik pengesanan yang lebih maju.

Belgium menduduki tempat kedua di belakang Russia, manakala Nigeria di tempat ketiga dan Brazil keempat.

Rekod Chermoshanskaya yang menamatkan perlumbaan di tempat kelapan dalam acara 200m wanita turut dibatalkan kerana kesalahan doping yang baru didedahkan.

Pakar antidoping menganalisis semula sampel daripada dua kejohanan di Beijing dan Olimpik London 2012 untuk mengesan penipuan yang melepasi ujian dadah yang digunakan ketika itu. – AFP

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2