Pingat emas Bolt ditarik balik

Bagaimanapun bukan Bolt, 30, yang positif doping sebaliknya salah seorang rakan sepasukannya dalam kuartet 4×100 meter Jamaica tersebut iaitu Nesta Carter yang disahkan positif doping menyebabkan keseluruhan pasukan itu dibatalkan kemenangan mereka.

Walaupun sudah hampir sembilan tahun temasya itu berlalu, keputusan doping itu hanya diketahui baru-baru ini susulan daripada amalan biasa yang diamalkan jawatankuasa tersebut yang sentiasa menguji semula beratus sampel air kencing yang diambil.

Daripada hasil ujian terbaharu yang dibuat itu, Carter disahkan positif dadah jenis Methylhexanamine. – AFP

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2