Pindaan LPA 1976 belum muktamad, jelas Azalina

Susulan daripada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said meminta semua pihak untuk bertenang dan bersabar melibatkan perkara tersebut.

“Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, perbincangan dengan Majlis Peguam masih berjalan dan tiada keputusan muktamad melibatkan pindaan LPA buat masa ini.

“Saya baru mengambil alih portfolio yang melibatkan hal ehwal undang-undang dan saya sedang berbincang dengan sewajarnya bersama pihak-pihak terlibat.

“Saya berharap agar semua pihak dapat bersabar dan menunggu sehinga perbincangan di muktamadkan. Cadangan pemindaan akta tersebut akan dibentang kepada kabinet dan akan diputuskan di Parlimen kelak,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pengerang itu berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan yang dikeluarkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz yang tidak bersetuju dengan cadangan pindaan LPA 1967.

Menurut Nazri, pindaan tersebut memperlihatkan seolah-olah kerajaan berhasrat untuk campur tangan dalam urusan Majlis Peguam yang mana disifatkan beliau sebagai tidak perlu.

Jelas Nazri, Majlis Peguam harus diberikan kebebasan untuk berbuat apa sahaja selagi mana ianya tidak melanggar lunas undang-undang yang ada di negara ini.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia