Pinda Undang-undang Perkahwinan tindakan relevan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, keputusan kerajaan meminda akta berkenaan adalah satu tindakan yang relevan dan tepat pada masanya.

“Pindaan ini amat relevan dengan situasi semasa yang mana melibatkan kes-kes kebajikan wanita dan kanak-kanak. Saya percaya keputusan yang dibuat itu setelah memgambil kira pandangan semua pihak yang terlibat dan pihak-pihak bekepentingan.

“Saya juga yakin tiga prinsip yang ditekan dalam pindaan itu akan memudahkan pasangan mencari jalan penyelesaian yang terbaik demi kebajikan anak-anak terutama dari segi hak penjagaan dan nafkah,” katanya memetik kenyataan yang diedarkan pada Jumaat.

Sebelum ini, berlaku pertikaian di antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah melibatkan kes perebutan anak antara Mohd Ridzuan Abdullah dan M Indira Ghandi.

Mahkamah Tinggi Ipoh sebelumnya mengisytiharkan bahawa penukaran agama tiga orang kanak-kanak iaitu anak kedua mereka adalah batal dan tidak sah merupakan satu pelanggaran Seksyen 50 (3) (b) (x) Enakmen Perak yang menyatakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah di bawah bidang kuasa sivil, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding semua pihak berkaitan perisytiharan bahawa seseorang itu bukan lagi Islam dan pengisytiharan bahawa seseorang yang telah mati itu beragama Islam.

Malah peguam yang mewakili Indhira berkata bahawa Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam menangani perkara tersebut untuk memutuskan mengenai kesahihan proses penukaran agama dan mentafsir peruntukan mengenai kebebasan asas di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia