Pilihan raya mengejut di Selangor bahaya sebab PAS

Beliau berkata PAS menjadi masalah dan AMANAH tidak pasti cadangan (mengadakan pilihan raya mengejut itu) akan dapat beri kemengangan dalam PRU14.

“Kami perlu membuat perkiraan terlebih dulu,” katanya di ibu pejabat AMANAH di Kuala Lumpur, pada Selasa.

Semalam pemimpin DAP Lim Kit Siang mencadangkan pilihan raya mengejut diadakan di Selangor sebagai tindak balas pelaksanaan persempadanan semula kawasan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagaimanapun Menteri Besar Selangor menolak cadangan itu dan berkata kerajaan negeri tidak boleh mengkhianati mandat diberi rakyat pada pilihan rayaumum lalu. – Tamil Malar

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal