Pilihan raya awal di Pulau Pinang dan Selangor

Dr Abdul Aziz Bari berkata, keputusan mengadakan PRN awal oleh Pakatan Harapan bergantung kepada keputusan mahkamah berhubung tindakan kerajaan Selangor mencabar cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persempadanan semula.

“Jika Selangor gagal, pucuk pimpinan PH akan memilih untuk mendapatkan mandat baru daripada rakyat berdasarkan kawasan pilihan raya semasa,” katanya.

Aziz mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menepis laporan media pada minggu lalu mengatakan PRN mungkin diadakan di Sabah seawal April ini.

“Kita tidak ada keputusan, malah belum ada keputusan berhubung sama ada pilihan raya negeri awal akan dibuat di Sabah atau tidak. Jadi, pada kedudukannya ia masih spekulasi setakat ini,” kata presiden Umno itu selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu, Jumaat lalu.

Walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan tambahan 12 kerusi di bawah cadangan persempadanan semula, ia bagaimanapun perlu dibentangkan di Parlimen untuk mendapat kelulusan pada sidang Mac ini. -Makkal Osai

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal