Pihak berkuasa digesa siasat penuh punca bot karam

Selain siasatan penuh, beliau berkata tindakan proaktif juga perlu diambil oleh pihak berkuasa agar tragedi seumpama itu tidak berulang.

Dua guru mati lemas dalam insiden bot karam yang dinaiki 10 individu ketika dalam perjalanan dari Kampung Rampayan Laut menuju Pulau Mantanani, Kota Belud.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira 3.35 petang itu ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mantanani, Limun Gamburud dan seorang lagi guru sekolah berkenaan, Kamariah Hamdan.

“Saya mengucapkan takziah dan rasa simpati terhadap keluarga mangsa yang meninggal dunia, juga untuk penumpang-penumpang lain bot malang itu,” katanya dalam kenyataan.

Abdul Rahman berkata pihaknya difahamkan, insiden bot karam itu disebabkan angin kencang serta ombak besar, dan pada masa yang sama enjin bot mati secara tiba-tiba menyebabkan bot dinaiki mereka karam.

“Maklumat diterima juga menyatakan bot yang karam itu bukanlah bot penumpang tetapi bot nelayan. Namun didorong faktor untuk mengajar esok, …mereka menaiki juga bot itu demi tanggungjawab,” katanya. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia