Petronas nafi F1 2026 di Litar Sepang

PETALING JAYA :Petronas mengesahkan tiada perbincangan diadakan untuk membawa kembali perlumbaan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang (SIC).

Syarikat minyak dan gas multinasional negara memaklumkan perkara itu susulan laporan agensi berita antarabangsa mengenai potensi untuk membawa kembali penganjuran acara sukan permotoran berprestij itu pada 2026.

“Kami mengesahkan bahawa tiada perbincangan mengenai membawa kembali sukan itu ke Litar Antarabangsa Petronas Sepang,” kata Petronas dalam satu kenyataan.

Malaysia menjadi tuan rumah perlumbaan F1 di SIC sejak 1999 sebelum ditamatkan pada 2017 akibat penurunan jualan tiket dan peningkatan kos untuk menganjurkan pertandingan itu.

Bagaimanapun, SIC terus menjadi tuan rumah untuk perlumbaan motosikal MotoGP dan beberapa acara sukan permotoran lain.

Terdahulu hari ini, satu laporan media antarabangsa yang memetik sumber mendakwa Petronas berhasrat membawa kembali perlumbaan F1 ke Malaysia pada 2026 selepas kali terakhir menganjurkan acara itu sembilan tahun lalu.

Menurut sumber, rancangan untuk membawa balik perlumbaan F1 itu didedahkan ketika perjumpaan kakitangan syarikat itu bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz semalam. -FMT

Related posts

‘Surat Layang’ Dedah Krisis Dalaman, Kongres FAM Ke-60 Esok Dijangka Panas

Hans Isaac Mungkin Kekal Pengerusi PSM

Malaysia Kalah Kali Kedua Dengan Oman 0-2