Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa berusia 58 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi dengan kesan tembakan pada bahagian kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Ahmad Jawila berkata, mangsa dipercayai ditembak oleh seorang suspek warganegara Indonesia yang juga memburu di kawasan hutan terbabit.
“Hasil siasatan awal, suspek, 55, mendakwa keluar memburu secara berasingan dan mangsa ditembak secara tidak sengaja.
“Akibat tembakan itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian badan dan kepala,” katanya ketika dihubungi pada Khamis, memetik Kosmo Online.