Pesta Durian Merdeka PLUS di R&R Seremban arah selatan Sabtu dan Ahad ini

Pengarah FAMA Negeri Sembilan, Muslim Manja berkata, pesta durian tersebut diadakan bersempena musim buah-buahan dan sambutan Hari Kebangsaan yang akan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Datuk Hasim Rusdi.

“Pengguna lebuh raya boleh singgah dan membeli buah-buah durian pelbagai gred dan jenis yang dijual di tapak pesta dengan harga diskaun sebanyak 20 peratus bermula pukul 10 pagi, selagi stok masih ada.

“Selain itu, orang ramai juga boleh membeli pelbagai jenis buah-buahan tempatan yang lain seperti rambutan, manggis dan dokong pada dua hari tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Muslim berkata, pengguna juga boleh membawa pulang buah-buah tersebut atau makan di kawasan yang disediakan di situ. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia