Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh TUDM, anak kapal yang cedera telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.
“Keluarga anak-anak kapal yang terlibat dalam kemalangan ini sedang dimaklumi oleh pihak TUDM,” menurut kenyataan media itu.
Susulan daripada nahas itu, TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.