Kawan Tambunan, 48, dan Wahyuningsih, 47, ditahan dan didakwa di mahkamah pada Jumaat atas tuduhan ugutan jenayah yang mengakibatkan Kawan perlu membayar denda RM1,000.
Selepas menaiki pesawat itu pada 5.55 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, pramugari meminta pasangan itu meletakkan bagasi kabin mereka di ruangan simpanan, tetapi mereka enggan berbuat demikian, kata Ketua Polis Daerah Barat Daya Supritenden Anuar Omar.
Pramugari itu kemudian memaklumkan kepada pihak berkuasa lapangan terbang dan polis kemudian menahan pasangan itu.
“Kami percaya ugutan bom itu hanyalah gurauan dan pemeriksaan polis mendapati beg itu hanya mengandungi bekalan ubatan bagi penyakit jantung. Ia tiada kena-mengena dengan ancaman pengganas,” katanya dalam sidang akhbar di Balik Pulau pada Jumaat. – Bernama