Pesawat ringan terhempas di Klang libat dua mangsa

KLANG: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat ringan model BK 160 Gabriel dengan nombor pendaftaran I-POOC telah terhempas dekat Kapar, Selangor pada Selasa, 13 Februari 2024.

“Terdapat dua penumpang termasuk seorang juruterbang berada dalam pesawat tersebut.

“Namun keadaan kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan setakat ini.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CAAM Norazman Mahmud pada satu kenyataan hari ini.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, anggota penyelamat dihantar ke tempat kejadian selepas pihak berkuasa menerima panggilan mengenai pesawat terbakar pada 1.56 tengah hari.

Sehingga jam 2.45 petang, anggota penyelamat masih mencari mangsa.

“Susulan panggilan itu, sepasukan anggota bomba dari balai bomba Kapar telah dihantar ke lokasi kejadian di Kampung Tok Muda, Kapar.

“Menurut laporan awal pasukan, mereka mendapati sebuah pesawat terhempas di lokasi berkenaan.

“Pasukan masih mencari mangsa,” kata seorang jurucakap. -Malaysiakini

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Kaedah Bekal Senjata, Butiran Perbualan Shalom, Pasangan Suami Isteri Adalah Sulit