Pesawat patah balik terima panggilan bom

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata pesawat yang membawa 30 penumpang dan empat kru itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada pukul 7.39 malam.

“Selepas beberapa minit berlepas, pihak lapangan terbang menerima panggilan daripada individu tidak dikenali.

“Individu berkenaan memberitahu yang terdapat bahan letupan di dalam pesawat itu dan menara kawalan mengarahkan pesawat berkenaan berpatah balik,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata pesawat itu mendarat di lapangan terbang tersebut dan ditempatkan di kawasan khas sebelum diperiksa oleh unit bom polis.

“Pemeriksaan mendapati tiada bom ditemui seperti yang didakwa,” katanya sambil menambah polis akan mengesan individu yang membuat panggilan itu. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia