Menurut siasatan keselamatan udara, kejadian itu dipercayai berpunca daripada tindakan juruterbang pesawat yang silap memasukkan koordinat ke dalam sistem penerbangan dalaman.
The Guardian melaporkan pesawat tersebut sepatutnya melalui perjalanan jarak sejauh 6,611km tetapi hanya melalui 722km dari barat daya Sydney itu.
Pesawat tersebut menyambung perjalanan semula selepas tiga jam di lapangan terbang itu dan tiba di Kuala Lumpur enam jam lebih lewat daripada yang dijadualkan.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mencadangkan AirAsia menaik taraf sistem penerbangan.