Tertuduh, Azman Wahab, 32, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd. Izmi Ibrahim.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Mengikut kertas pertuduhan pertama, Azman dituduh membunuh Muhammad Azwan Wahab, 26, di ruang tamu rumah No 147, Kampung Lanai, Parit Panjang, dekat Baling kira-kira pukul 11 pagi pada 2 Oktober lalu.
Bagi pertuduhan kedua pula, Azman dituduh membunuh Rokiah Abdullah, 54, di luar rumah di No 147, Kampung Lanai, Parit Panjang dekat sini kira-kira pukul 11.10 pagi pada hari yang sama.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Azman dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan, memetik laporan Kosmo Online.