Perusahaan kecil tak terjejas walaupun TPPA gagal

Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Khas Memperkasa Usahawan India (SEED) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk A.T.Kumararajah berkata, kini Malaysia mengadakan perkongsian dengan lebih 160 negara dunia.

“Tetapi TPPA hanya salah satu daripada agenda perkongsian itu.

“Jadi sekiranya TPPA tidak ditandatangani, Malaysia tetap selamat dan tidak terjejas,” katanya.

Kumararajah mengulas mengenai kenyataan Donald Trump yang berkata akan membatalkan TPPA pada hari pertama selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden kuasa besar dunia itu.

Kadar KDNK negara dianggarkan akan mencapai 4 hingga 4.5 peratus sekiranya pertumbuhan IKS pada 6 peratus tahun ini.

“Jika mahu KDNK bertumbuh sehingga 6 peratus menjelang dalam rancangan 2012-2020 malah pertumbuhan IKS perlu berada sekitar 30 hingga 35 peratus,” katanya lagi. – Tamil Nesan.

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal