Peruntukan untuk Sarawak tidak cukup -Adenan Satem

Menurut beliau, peruntukan yang dibekalkan buat negerinya itu tidak cukup untuk membangunkan Sarawak agar setanding dengan Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan bajet negeri pada Isnin sambil menambah bahawa Sarawak merupakan satu kawasan yang luas dan memerlukan bajet yang banyak untuk melaksanakan pembangunan.

“Ia tidak mencukupi. Negeri ini amat memerlukan bantuan Persekutuan dalam memberikan lebih peruntukan tahunan, bagi membolehkan kita mengejar pembangunan di Semenanjung dan mengecilkan jurang antara kawasan bandar dan luar bandar,” katanya.

Adenan berkata, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan kemudahan asas dan infrastruktur di Sarawak, agar setanding dengan Semenanjung.

“Sarawak tidak seharusnya ketinggalan. Kita juga mahu kemudahan asas yang sama sebagaimana yang dinikmati di Semenanjung,” katanya.

Ketua Menteri berkata, kerajaan negeri akan terus meminta lebih peruntukan kewangan daripada Kerajaan Persekutuan untuk tujuan pembangunan.

Beliau turut memberitahu bahawa negeri tidak melaksanakan pelan transformasi luar bandarnya sendiri tetapi memerlukan sokongan Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan infrastruktur dan kemudahan seperti sekolah, klinik, hospital, jalan, jambatan dan sumber air dan elektrik.

“Program pembangunan seumpama ini akan memerlukan pelaburan besar dan usaha bersepadu daripada kerajaan negeri dan Persekutuan,” tambahnya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri