Pertindihan kerusi PKR-DAP di Sarawak dipersetujui atas ‘kertas kecil’, kata Azmin

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perjanjian persetujuan itu telah dicapai di antara beliau dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu perbincangan lewat malam tadi dan ditulis di atas sekeping kertas kecil.

“Saya berbincang dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng sehingga pukul 10 malam Ahad,” katanya, pada Isnin, di Shah Alam.

“Ia dibuat semasa proses (rundingan) tetapi perjanjian tidak muktamad kerana kami dibenarkan untuk terus berbincang mengenai beberapa pertindihan kerusi,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran kempen membaca di Perpustakaan Shah Alam.

Azmin juga berkata pemimpin PKR dan DAP di Sarawak diberi kebebasan untuk memilih calon dan kerusi bagi pilihanraya negeri itu.

“Kita perlu menghormati autonomi mereka,” katanya yang juga Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata lagi, pada hakikatnya rundingan yang tercapai antara beliau dan Lim menunjukkan bahawa perjanjian itu tidak boleh dipertikaikan.

Azmin juga berkata kepimpinan PKR memberikan mandat kepada beliau untuk memantau Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Untuk itu, beliau telah memberi kuasa kepada Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian untuk menandatangani surat pelantikan calon yang bertanding bagi kerusi tersebut.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri