Persona dijual antara RM47,000 hingga RM61,000

Setanding dengan model-model keluaran terbaharu Proton, Proton Persona baharu ini dibina dengan mengutamakan ciri keselamatan.

Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan keselamatan di samping ciri-ciri pemanduan dan pengendalian yang tersendiri oleh Proton.

Dengan penarafan 5-Bintang ASEAN NCAP pada semua variannya, model ini menyediakan ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif secara menyeluruh seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan Tarikan, Hill-hold Assist, ISOFIX dan top tether, Bantuan Brek, Sistem Brek Anti-lock (ABS) serta 6 beg udara untuk varian Premium bagi memastikan perlindungan optimum untuk kedua-dua pemandu dan penumpang.

Mula diperkenalkan pada tahun 2007, Proton Persona baharu ini merupakan generasi ke-2 Persona dan bertemakan “sporty dan eksekutif”.

Proton Persona baharu ini juga dikuasakan oleh enjin VVT 1.6L untuk penggunaan bahan api yang lebih ekonomi dan merupakan kereta Proton pertama yang mempunyai indikator bagi bantuan pemanduan ECO.

Pada masa yang sama, Proton Persona baharu juga menyerlahkan ciri-ciri keanggunan dan praktikal.

Dengan bahagian interior yang luas, tempat duduk yang direka secara ergonomik dan susun atur konsol, menjadikan perjalanan lebih selesa bagi pemandu dan penumpang.

Persona baharu ini juga didatangkan dengan ruang bagasi seluas 510 liter tanpa menjejaskan keselesaan ruangan kabin penumpang.

Proton Persona baharu diperlihatkan dengan penuh bergaya dengan reka bentuk yang begitu menarik dari setiap sudut pandangan seperti wajah yang berani dan menarik, lampu bergaya dengan pencahayaan pintar dan aksesori di bahagian belakang, sensor pada sekeliling kereta, rim aloi 15” serta lampu depan berelektrik boleh diubah aras.

Semua ciri ini menjadikan kereta baharu ini lebih diperhalusi, kemas dan memberi lebih nilai untuk wang yang dibelanjakan.

Harga indikatif bagi Proton Persona baharu ini adalah dari RM47,000 hingga RM61,000 di Semenanjung Malaysia dan dari RM49,000 sehingga RM63,000 di Timur Malaysia.

Didatangkan dengan 3 varian – Standard, Executive dan Premium (dengan dan tanpa bodykit), dengan 6 warna pilihan – Cotton White, Fire Red, Sterling Silver, Graphite Grey, Quartz Black dan warna terbaharu, Carnelian Brown.

“Demi menjadikan pelancaran Proton Persona baharu ini lebih bermakna kepada pengguna Persona dan seiring dengan bulan Kemerdekaan dan hari Malaysia, kami menawarkan perkhidmatan percuma selama 3 tahun (termasuk alat ganti dan kos pekerja) untuk tempahan yang dibuat sehingga 30 September 2016,” kata Datuk Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan Proton di 1800 888 398 atau e-mel di customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh melayari www.proton.com atau laman rasmi Facebook Proton di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial untuk keterangan lanjut. – Utusan Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia