Persempadanan semula: MIC akan hilang selepas PRU jika tidak bantah

Di Hutan Melintang, Perak sebelum ini ada 36 peratus orang India, tetapi ia kini dikurangkan kepada 26 peratus, katanya.

Begitu juga di kawasan lain, bilangan orang India dikurangkan dan bilangan orang Melayu ditambah.

Di Bidor dulu ada 19,285 pengundi tetapi sekarang dikurangkan kepada 16,175 pengundi, di Besaut pula sebelum ini ada 21,924 pengundi dan kini 17,094 pengundi.

Tetapi di Mualim, daripada 22,894 pengundi meningkat kepada 30,796 orang.

Katanya, di Besaut dan kawasan Bidor, jumlah pengundi kaum India dikurang, sementara jumlah pengundi orang Melayu dtambah.

Sivanesan juga berkata, untuk menang dalam PRU, Barisan Nasional menggunakan jalan tidak betul dengan mempergunakan SPR.

Dalam cadangan persempadan semula, bukan sahaja pembangkang menunjuk rasa tidak puas hati malah parti komponen BN sendiri membantah cadangan itu. – Tamil Malar

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal