Terdapat 56 kawasan di DUN negeri Selangor. Pada Pilihan Raya Umum-13, Pakatan Rakyat menang 44 tempat, manakala Barisan Nasional menang 12 tempat.
Dalam pada itu, PAS dan DAP masing-masing 15 kerusi, PKR 14.
Kini, parti PAS berpecah dua dan menjadi Parti Amanah Negara (PAN) dan cadangan persempadan semua dilihat untuk kepentingan UMNO, menurut DAP.
Laporan Malaysiakini yang memetik penganalisis politik sebaga berkata, jika cadangan persempadan semula dilaksana, maka ia akan memberi kemerosotan kepada PAS dan PKR.
Terdapat juga kemungkinan untuk PAS tewas di beberapa kawasan termasuk di Morib, Selat Klang dan Dusun Tua.
Manakala, bagi PKR, ia akan tewas di Pelabuhan Klang dan Ijok. Sementara itu, peluang untuk menang bagi BN di Bukit Melawati, Permatang, Kota Damansara akan menjadi lebih kuat, menurut penganalisis politk. – Makkal Osai