Persatuan peguam syarie sokong cadangan Shahrizat

Beliau berkata, perkara itu boleh diperkukuhkan dengan memberi lebih kuasa ke atas bidang kuasa hukuman jenayah mahkamah syariah, bidang kuasa untuk mengeluarkan surat kuasa mentadbir (LA) dan membahagikan harta pusaka umat Islam, bidang kuasa untuk mendengar dan membicarakan kes-kes muamalat Islam atau perbankan Islam dan lain-lain.

“Undang-undang Islam adalah yang terbaik, pelaksanaannya di negara ini masih lemah kerana kekangan pihak berkuasa, kakitangan, kuasa undang-undang, undang-undang yang pelbagai dan tidak seragam dan lain-lain,” katanya, dalam satu kenyataan, hari ini.

Musa berkata, Malaysia kini mempunyai bilangan peguam syariah yang mencukupi bagi menangani kes-kes mengikut bidang kuasa Mahkamah Syariah yang sedia ada.

“Setakat ini bilangan peguam syariah di seluruh negara kira-kira 2,500 hingga 3,000 orang. Nombor ini akan bertambah dengan sendirinya, jika bidang kuasa Mahkamah Syariah dipertingkatkan,” kata Musa.

Tambahnya lagi, masalah yang dihadapi oleh pengamal guaman syariah adalah mereka terpaksa memohon di 14 buah negeri untuk menjalankan amalan sebagai seorang peguam syariah dengan setiap negeri mempunyai kaedah-kaedah, kelayakan, peperiksaan, temu bual serta proses kemasukan yang berbeza.

“Ini sedikit sebanyak mematahkan semangat para raduan untuk memohon menjadi peguam syariah. Oleh itu, kami bersetuju dengan cadangan penubuhan Majlis Peguam Syariah, sebuah badan bebas untuk menyelia dan mengawal kelayakan dan kemasukan peguam syariah, dan mengadakan satu Akta Profesion Guaman Syarie (SLPA),” katanya lagi.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia