Beliau berkata perpaduan dan kerjasama antara masyarakat India di negara ini dalam semua aspek termasuk politik penting agar komuniti tersebut mampu jalan seiring dengan pembangunan negara.
“Laluan kami mungkin berbeza tetapi matlamat kami adalah sama. Mari kita bersatu dengan satu suara dan menuju matlamat yang sama dan bersatu demi kebaikan masyarakat India.
“Saya berharap suara masyarakat India yang bersatu akan mewakili keperluan kaum India supaya kami dapat mentransformasikan masyarakat India,” katanya.
Selain itu, beliau berkata usaha meningkatkan taraf hidup kaum India di negara ini yang akan terus dilaksanakan.
Dan perkara itu turut menjadi agenda murni parti kaum parti tersebut bagi tahun 2017.
“Usaha itu amat jelas dan terbukti dengan penglibatan agensi kerajaan seperti Sekretariat Khas Untuk Memperkasakan Usahawan India (SEED), Unit Khas Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) dan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Masyarakat India (SITF),” katanya. -Makkal Osai