Perogol bersiri tak boleh masuk Sarawak – Masing

Masing berkata, beliau akan mencadangkan perkara itu kepada Ketua Menteri, Datuk Abang Johari Abang Openg dalam masa terdekat.

“Sebelum ini, ramai individu yang melakukan kesalahan yang lebih kecil (berbanding Selva Kumar) dihalang daripada memasuki negeri ini.

“Dia melakukan kesalahan yang serius dan sewajarnya kita menghalangnya memasuki Sarawak,” katanya memetik BH Online.

Semalam, Kerajaan negeri Sabah menjadi pentadbiran negeri pertama di negara ini memutuskan untuk menghalang Selva Kumar daripada memasuki negeri itu.

Arahan kepada Jabatan Imigresen Sabah dikuatkuasakan serta-merta, kerana Selva Kumar dianggap sebagai individu berisiko tinggi. Selva Kumar, yang disyaki melakukan serangan seksual terhadap kira-kira 1,000 wanita, dihantar pulang dari Kanada, selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun di negara itu.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia