Ia menyebabkan beberapa adik beradik berdepan masalah terpaksa ditulis sebagai warga asing dalam sijil kelahiran mereka oleh Jabatan Pendaftatan Negara (JPN).
“Kami lahir di negara ini, emak sudah lama meninggal dunia, bapa kami juga entah ke mana.
“Saudara yang membesarkan kami, disebabkan tidak ada nama emak dalam sijil kelahiran kami, kami dilabel sebagai warga asing, mana adil?,” keluh mangsa.
Menurut mereka, tidak dapat mengambil kad pengenalan untuk urusan kerja dan sebagainya.
“Jika pergi ke JPN, ,mereka minta saya membawa emak. Saya tidak pernah melihat wajah emak saya. Saya hanya dibesarkan oleh nenek, malangnya nenek juga sudah meninggal dunia, tiada adik beradik.
“Dalam keadaan ini, JPN melabel saya sebagai warga asing dan menafikan hak kad pengenalan negara ini,” keluh R. Subashini, 24, dari Teluk Intan, Perak.
Katanya lagi, bapanya masih hidup dan memaklumkan bahawa disebabkan tiada sijil perkahwinan sah, permohonan kad pengenalan dinafikan pihak berkuasa bertanggungjawab.
Katanya dia sempat meneruskan pendidikan bangku sekolah sehingga tingkatan lima dan kecewa dilabel sebagai wagra asing menyebabkan masa depannya menjadi persoalan.
Manakala seorang lagi mangsa Durga Devi,26 dari Ipoh berkata, sijil kelahiranya ditarik balik oleh JPN dan digantikan dengan sijil kelahiran merah.
“Saya minta sebab dan mereka meminta saya membawa emak untuk mendapatkan sijil kelahiran.
‘Saya tak tahu dimana ibu saya berada, bapa pula sudah lama meninggal dunia.ia menyebabkan saya berdepan masalah mengambil sijil kelahiran,” katanya.
Durga Devi sudah berumahtangga dan mempunyai tiga anak berusia 2, 3 dan lima tahun dan mereka juga diberikan sijil kelahiran merah sekaligus mencetuskan persoalan mengenai masa depan.
“Saya berkahwin mengikut upacara Hindu secara sah dan suami saya mempunyai kad pengenalan, disebabkan saya mempunyai sijil merah dan tidak mempunyai kad pengenalan, perkahwinan kami tidak boleh didaftarkan sehingga hari ini,” katanya lagi. – Tamil Nesan