Permaisuri Agong guna ETS berangkat ke Perak

Seri Paduka berangkat dari Stesen Kuala Lumpur pada pukul 10 pagi diiringi Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Ir Nawawi Ahmad dan dijangka tiba di Stesen Bagan Serai pada pukul 1.30 tengah hari.

Eksekutif Komunikasi Korporat KTMB Nor Mas Tita Shoffri berkata ini merupakan julung kali Seri Paduka menaiki perkhidmatan ETS sejak perkhidmatan itu mula beroperasi pada tahun 2010.

Beliau berkata, perjalanan yang mengambil masa kira-kira tiga jam itu memberi peluang kepada Seri Paduka untuk melihat pemandangan kawasan yang dilalui ETS.

Sementara itu, Kapten ETS Muhammad Rodi Mustapha, 39, berkata beliau berasa bertuah kerana terpilih memandu tren yang membawa Tuanku Hajah Haminah.

“Saya dipilih antara yang terpilih dan berterima kasih kepada pihak KTMB kerana memberi kepercayaan untuk memandu tren ini,” katanya yang mempunyai pengalaman lebih 17 tahun memandu tren. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia