Perkemas SOP keselamatan di sekolah

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, semalam.

Mahdzir berkata, mesyuarat itu turut membincangkan soal pengawal di sekolah berikutan tindakan pengawal keselamatan mengunci pagar utama sebuah sekolah di
Kedah sehingga murid, guru dan kakitangan sekolah berkenaan terkandas.

Katanya, beliau juga sudah mengarahkan pegawai pengurusan tertinggi kementerian memperkemaskan dan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) berhubung ketiga-tiga perkara berkenaan.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Perak di sini hari ini.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia