Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Trump awal-awal lagi sudah menunjukkan taringnya. Walaupun Trump dipilih dan digambarkan sebagai hari gelap di kawasan-kawasan tertentu namun tidak boleh dinafikan bahawa politik yang digunakan Trump ada auranya kerana beliau boleh dikatakan berjaya memanipulasi keadaan.
Hari ini, teknologi maklumat semakin berkembang sehingga maklumat benar dan salah dapat disebar dengan cepat. Ini kerana ramai yang mengambil sikap ‘saya lebih suka mempercayainya’ sehinggakan banyak maklumat palsu memenuhi hujung jari.
Dari segi politik, ‘pemerintah bertahan dan pembangkang menyerang’ adalah fenomena umum kerana pemerintah perlu bertanggungjawab terhadap rakyat sebaliknya pembangkang hanya perlu mengubah persepsi rakyat supaya perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan menebal dalam hati rakyat. Dalam hal ini, selagi dapat membuatkan lebih ramai rakyat tidak puas hati terhadap kerajaan, maka pembangkang bolehlah meraih lebih banyak undi.
Di Malaysia, apabila semakin hampir tarikh PRU, suara menghentam Najib juga semakin kuat. Antara isu yang paling kerap didengari termasuklah suara daripada bekas PM, Mahathir Mohamad yang menuduh PM Najib terlibat dengan rasuah yang membabitkan 1MDB. Ia merupakan isu yang paling kerap disebut oleh Mahathir sejak tahun lepas lagi. Beliau juga mendakwa hutang kerajaan akan bertambah sekiranya tidak mengubah kerajaan seandainya tidak mahu negara bankrap.
Tiga bulan lalu, Mahathir pernah menyatakan jika kerajaan bertukar pada PRU14 akan datang, bekas TPM, Muhyiddin Yassin ‘berkemungkinan besar’ akan menjadi PM namun belum sempat ia dilupakan, Mahathir baru-baru ini pula berkata barisan pembangkang tidak boleh mengumumkan calon ‘PM tidak rasmi’ kerana ia boleh menyebabkan huru-hara dalam kalangan pembangkang.
Ia jelas menunjukkan Mahathir sudah tidak keruan. Jika beliau tahu ini bukan masa yang sesuai untuk pembangkang memilih ‘PM tidak rasmi’, mengapa beliau boleh memetik nama Muhyiddin sebagai PM pada bulan September lalu? Jika dikatakan ‘perkataan baik, memupuk, bersama-sama, negara, dunia’ masih boleh dipakai di Malaysia, kita perlu terlebih dahulu menghakimi ahli politik dengan ‘perkataan baik’. Suka bercakap tanpa asas atau tidak boleh dipercayai sudah tentu bukan pemimpin yang baik. – Nanyang Siang Pau