Perhimpunan PAS rosakkan perpaduan rakyat

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan agama. Perhimpunan memperkasakan satu agama bukan sahaja menimbulkan sensitiviti agama bahkan merosakkan keharmonian dan perpaduan rakyat berbilang agama. Oleh itu, pihak polis perlu menghalang PAS daripada mengadakan perhimpunan tersebut.

Akta 355 yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Hadi Awang sebenarnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Walaupun PAS dan UMNO menyatakan bahawa Akta 355 tidak melibatkan orang bukan Islam, Malaysia akan memiliki dua undang-undang yang berbeza setelah Parlimen meluluskan akta tersebut pada Mac ini.

Sekarang penerapan nilai-nilai Islam semakin meluas. Kebelakangan ini penguatkuasa barangan halal sudah melangkau batasan kuasa mereka sehingga menjejaskan kehidupan harian orang bukan Islam.

Walaupun orang Islam mempunyai hak untuk melaksanakan penerapan nilai-nilai Islam, namun langkah tersebut tidak boleh diterapkan ke atas semua rakyat, termasuklah orang bukan Islam di negara ini. Oleh itu, PAS tidak perlu mengadakan perhimpunan menyokong Akta 355 kerana boleh merosakkan perpaduan rakyat dan menjejaskan daya saing negara. – Sin Chew Jit Poh

Related posts

Kaedah pengiraan jatuhkan Najib

“Tugasan besar” DAP

Hadi Awang “Man of the year”