Perdana Menteri yang merasmikan projek berkenaan, berkata projek yang bakal dimulakan awal 2017 itu dijangka siap pada 31 Ogos 2020.
Katanya, apabila siap, LRT3 sepanjang 37 kilometer itu akan menghubungkan Bandar Utama hingga Johan Setia, dekat sini.
“Ia akan melewati laluan sejauh 37 kilometer dengan 26 stesen. Sebanyak 10 stesen LRT akan dilengkapi dengan kemudahan ‘park n ride’ selain dibantu dengan bas pengantara untuk mewujudkan sistem yang bersepadu,” katanya ketika merasmikan LRT3, memetik laporan Berita Harian.
Yang turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Tan Sri Ismail Adam.