Perbanyakkan aktiviti ko-kurikulum, elak pelajar tertekan

Bekas Setiausaha Agung Kongres Guru-Guru Kebangsaan, Shahul Hamid Mydin Syah berkat, bagi mengelaklan tekanan di kalangan pelajar, pihak sekolah perlu memperbanyakkan aktiviti kokurikulum selain hanya memfokuskan terhadap pendidikan semata.

“Pihak kementerian perlu menggaris semula beberapa perkara dalam hal ini termasuklah menyediakan pelbagai kegiatan misalnya aktiviti sukan dan kesenian.

“Jangan hanya memberi ‘beban’ pendidikan sahaja, malah memberi perhatian yang serius dalam hal ini.

“Apabila semua pihak memainkan peranan dalam perkara ini, masalah tekanan di kalangan pelajar Malaysia dapat diatasi,” kata Shahul Hamid yang juga pernah dianugerahkan sebagai tokoh guru kebangsaan. -Makkal Osai

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal