Keadaan darurat dilaksanakan sejak serangan militan November lalu di Paris, dan dijangka ditarik balik pada 26 Julai, lapor AFP.
Dalam insiden terbaharu, sekurang-kurangnya 77 orang terbunuh apabila sebuah trak besar merempuh orang ramai ketika sambutan Hari Bastille di Nice, selatan Perancis, kata Presiden Francois Hollande.
Pemandu trak tersebut menembak ke arah orang ramai sebelum memandu sejauh 2 kilometer di sepanjang Boulevard des Anglais, jalan utama di Nice dan merempuh orang ramai yang sedang menonton pertunjukan bunga api, Presiden serantau Christian Estrosi memberitahu BFM-TV.
Pierre-Henry Brandet, jurucakap Kementerian Dalam Negeri Perancis berkata, polis menembak mati pemandu trak tersebut.
Menurut Estrosi, polis menemui senjata api, bahan letupan dan bom tangan di dalam trak.
Setakat ini, tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab.
Menurut BFM-pendakwa Anti-keganasan telah mengambil alih siasatan dan memetik pejabat pendakwa itu, berikut adalah perkembangan terkini tragedi.
Hollande berkata, semua langkah-langkah sedang diambil untuk membantu mangsa. Langkah-langkah keselamatan akan ditambah dan tempoh darurat yang dijadual berakhir hujung bulan ini, akan dilanjutkan selama tiga bulan.
Beliau berkata Perancis mesti berwaspada dalam menghadapi ancaman pengganas.
Jalan tersebut padat dengan orang ketika serangan berlaku.
Kira-kira 100 orang cedera, menurut pegawai.
Saksi Tony Molina berkata, dia melihat mayat terbaring mati di atas jalan, ditutup tarp biru dan ditandakan agar kenderaan kecemasan tidak melanggar mereka.
Maklumat awal daripada pegawai Perancis mengatakan terdapat hanya seorang individu di dalam trak itu.
Warga Amerika Dominique Molina, yang menonton dari balkoni, berkata, pertunjukkan bunga api baru sahaja berakhir dan orang ramai mula beredar dari pantai.
“Orang ramai membanjiri jalan dan saya terdengar bunyi yang kuat, orang ramai menjerit dan sebagainya, kelihatan sebuah trak besar sedang merempuh orang ramai.”
Dia menganggarkan trak tersebut bergerak pada kelajuan 20-25 kilometer sejam. Molina berkata anaknya turut menyaksikan kejadian itu.
“Ia sesuatu yang anda tidak sepatutnya lihat, ” katanya.
“Saya merangkul anak saya,saya merasakan seperti harus melindungi dia, melindunginya daripada melihat kejadian itu. Ia berlaku begitu pantas, ia adalah seperti dalam gerak perlahan.”
BFM-TV melaporkan, kejadian itu dianggap sebagai satu serangan dan orang ramai diminta tinggal di rumah.
Punca kejadian itu masih belum dapat dipastikan. – CNN